Samsung Galaxy M51 Dilaporkan Sudah Mula Memasuki Fasa Pengeluaran Di India Comments Off on Samsung Galaxy M51 Dilaporkan Sudah Mula Memasuki Fasa Pengeluaran Di India

Samsung selaku pengeluar telefon pintar terbesar di dunia dilihat mahu terus mengekalkan momentumnya di kedudukan teratas, apabila ia telah dilaporkan sudahpun menghasilkan peranti kelas pertengahan terbaharunya iaitu model Samsung Galaxy M51 di kilang yang terletak di India.

Tampil dengan nombor model SM-M515, Samsung berkemungkinan besar akan melangkau model Galaxy M50 dan akan terus memperkenalkan model Galaxy M51 pada tahun depan. Walau bagaimanapun, memandangkan ia baru sahaja memasuki fasa awal pengeluaran, model ini sudah tentunya tidak akan dilancarkan dalam masa terdekat ini.

Mungkinkah Samsung Galaxy M51 akan mengekalkan identiti rekaan kamera baharu, sama seperti yang diperkenalkan pada model Galaxy M30s sebelum ini.

Sungguhpun begitu, setakat ini tiada maklumat berhubung spesifikasi Galaxy M51 berjaya diperolehi. Kami akan mendedahkan lebih banyak maklumat berhubung Samsung Galaxy M51 ini dari masa ke semasa.

sumber

Baca juga:

Samsung Mungkin Guna Nama ‘Galaxy S20’ Untuk Peranti Mercu Akan Datang

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend