Samsung Galaxy M31 Menuju Malaysia, Dijual Mulai 27 Mac Pada Harga RM1099 Comments Off on Samsung Galaxy M31 Menuju Malaysia, Dijual Mulai 27 Mac Pada Harga RM1099

Peranti terbaru daripada Samsung iaitu Samsung Galaxy M31 disahkan akan dijual di Malaysia tidak lama lagi. Penjualan peranti ini akan dibuka kepada orang ramai mulai 27 Mac ini di kedai atas talian Samsung Malaysia dan secara eksklusif di Lazada.

Baca: Samsung Galaxy M31 Dilancarkan Dengan Kuad Kamera 64MP, Bateri 6000mAh Dan USB-C 15W

Pada harga RM1099, Galaxy M31 dilengkapi paparan Infinity-U 6.4-inci Super AMOLED FHD+, cip pemproses Exynos 9611, memori 6GB RAM, storan 128GB dengan sokongan kad microSD sehingga 512GB, dan dibungkus bersama bateri sebesar 6000mAh.

Daripada segi kamera, Galaxy M31 hadir dengan kamera depan 32MP f/2.0 diikuti kamera belakang 64MP+8MP+5MP+5MP melalui lensa utama+ultralebar+kedalaman+makro, masing-masing dibelakang aperture f/1.8+f./2.2+f/2.2+f/2.4. Jika anda perasan, bonjol kamera belakang ini juga mirip seperti bonjol kamera di peranti Galaxy S20 dan S20+. Galaxy M31 ditawarkan dalam pilihan warna biru, hitam, dan merah.

Bersempena dengan ulang tahun Lazada yang ke-8, Lazada akan menghadiahkan tawaran istimewa kepada pelanggan yang memasukkan Galaxy M31 kedalam senarai permintaan (wishlist) bermula hari ini, 20 Mac 2020.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend