Samsung Galaxy M31 Dengan Kuad Kamera 64MP Dan Bateri 6000mAh Akan Dilancarkan 25 Februari Ini Comments Off on Samsung Galaxy M31 Dengan Kuad Kamera 64MP Dan Bateri 6000mAh Akan Dilancarkan 25 Februari Ini

Awal bulan Februari yang lepas, Samsung India telahpun berkongsi imej acah yang mengesahkan kehadiran Samsung Galaxy M31 untuk pasaran di negara itu. Berdasarkan perkongsian awal itu, Galaxy M31 disahkan hadir dengan lensa kamera 64MP dan tiada banyak maklumat lain berjaya didedahkan.

Hari ini laman amazon.in telahpun mendedahkan tarikh pelancaran rasmi Samsung Galaxy M31 di India yang telahpun dijadualkan akan berlangsung pada minggu depan iaitu 25 Februari 2020, jam 1 petang (waktu India).

Berdasarkan laman promosi tersebut, ia jelas memperlihatkan rekaan sebenar Galaxy M31 yang menyokong paparan skrin FHD+ Super AMOLED dengan rekaan takuk jenis Infinity-U.

Manakala rekaan panel belakangnya pula menempatkan kuad kamera dengan lensa utama beresolusi 64MP. Selain itu ia juga disahkan akan hadir dengan sokongan kapasiti bateri yang sangat besar iaitu sebesar 6000mAh. Malah peranti ini juga menyediakan sensor pengimbas cap jari fizikal.

Bagi mengetahui maklumat lanjut berhubung harga jualan dan juga spesifikasi penuh Samsung Galaxy M31, nantikan laporan lanjut daripada kami nanti.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend