Samsung Galaxy M30s Dilaporkan Sudah Memasuki Fasa Pengeluaran Di India, Mungkin Dilancarkan Ogos Ini Comments Off on Samsung Galaxy M30s Dilaporkan Sudah Memasuki Fasa Pengeluaran Di India, Mungkin Dilancarkan Ogos Ini 334

Samsung Galaxy M30 atau lebih dikenali sebagai Galaxy A40s untuk pasaran di China sudahpun dilancarkan secara rasmi pada awal tahun 2019 yang lalu. Selepas beberapa bulan model itu diperkenalkan, Samsung dilaporkan bakal hadir dengan satu lagi model naik taraf iaitu Galaxy M30s (SM-M307F) selepas skor ujian penanda aras Geekbench peranti ini tertiris di Internet.

Menurut portal 91mobilesSamsung dilaporkan telahpun memulakan proses pengeluaran model Galaxy M30s di kilangnya yang terletak di Noida, India. Walau bagaimanapun pengeluaran peranti itu masih lagi dalam peringkat awal dan ia dipercayai akan mula dilancarkan di pasaran seawal bulan Ogos 2019 nanti.

Berdasarkan ketirisan ujian penanda aras Geekbench, Galaxy M30s dilihat menyokong cipset lapan teras berkelajuan 1.74GHz daripada Exynos 9610, RAM berkapasiti 4GB, dan akan dioperasikan dengan Android 9.0 Pie. Manakala rekaan fizikal Galaxy M30s dikatakan mungkin mengekalkan rekaan asal Galaxy M30.

Baca juga:

Samsung Galaxy Note 10 Sah Dilancarkan Pada 7 Ogos Ini

Samsung Galaxy A50 Terima Kemas Kini Night Mode, Super Slo-Mo, Dan Tampalan Keselamatan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend