Samsung Galaxy M11 Kini Rasmi Dengan Skrin Infinity-O, Trikamera, Bateri 5000mAh Comments Off on Samsung Galaxy M11 Kini Rasmi Dengan Skrin Infinity-O, Trikamera, Bateri 5000mAh

Selepas beberapa imej yang memperlihatkan reka bentuk Galaxy M11 bocor semalam, hari ini Samsung Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah melancarkan telefon pintar tersebut secara rasmi.

Melalui laman sesawang syarikat, telefon itu sah hadir dengan paparan LCD 6.4-inci HD+ Infinity-O dengan kamera berlubang pada skrin. Walaupun Samsung tidak mendedahkan cipset yang dipakai, tetapi cipset ini mempunyai CPU lapan teras berkelajuan sehingga 1.8GHz. Selain itu, ia dilengkapi 3GB RAM dan 32GB storan yang dibekalkan slot untuk kad microSD.

Di belakang, telefon ini menyertakan trikamera 13MP f/1.8, 5MP f/2.2 ultralebar, dan kamera ketiga 2MP kedalaman. Sementara untuk kamera depan pula ia memuatkan kamera swafoto 8MP f/2.0.

Galaxy M11 dijana bateri 5000mAh yang boleh dicas menerusi sambungan port USB Type-C, manakala sambungan lain menyertakan bicu audio 3.5mm, Bluetooth 4.2, WiFi b/g/n 2.4GHz tanpa sokongan NFC.

Samsung UAE tidak mengumumkan harga tetapi peranti ini dijangka akan memiliki tanda harga yang kompetitif.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend