Samsung Galaxy M10 Dan Galaxy M20 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Rekaan Takuk Kecil Comments Off on Samsung Galaxy M10 Dan Galaxy M20 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Rekaan Takuk Kecil

Jika model Samsung Galaxy A8s diperkenalkan sebagai telefon pintar pertama keluaran Samsung yang menggunakan rekaan lubang kamera pada skrin atau lebih dikenali sebagai ‘Infinity-O’, kini Samsung secara rasmi telah memperkenalkan pula telefon pintar pertamanya dengan sokongan rekaan takuk kecil mirip seperti titisan air (waterdrop notch).

India menjadi negara terawal menerima penawaran dua model terbaru Samsung iaitu Galaxy M10 dan juga Galaxy M20, selepas ia dilancarkan secara rasmi semalam. Apa yang membezakan antara siri Galaxy M ini dengan peranti keluaran Samsung sebelum ini adalah sokongan rekaan skrin jenis ‘Infinity-V’ yang dioperasikan dengan antaramuka Samsung Experience UI 9.5 berasaskan Android 8.1 Oreo.

Dari kiri: Samsung Galaxy M20 dan Samsung Galaxy M10

Samsung Galaxy M10 yang merupakan varian lebih rendah tampil dengan cipset lapan teras berkelajuan 1.6 GHz daripada Exynos 7870, skrin IPS LCD berukuran 6.2 inci HD+ (1520 x 720 piksel), dwi kamera utama 13MP (f/1.9) + 5MP (f/2.2), kamera depan 5MP (f/2.0), dan juga bateri berkapasiti 3400 mAh (microUSB).

Samsung Galaxy M20 pula dikuasakan oleh cipset lapan teras berkelajuan 1.8 GHz daripada Exynos 7904, skrin IPS LCD berukuran 6.3 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel), dwi kamera utama yang sama seperti Galaxy M10, kamera depan 8MP (f/2.0), dan juga kapasiti bateri lebih besar mencecah 5000 mAh (USB Type-C) dengan sokongan teknologi pengecasan pantas 15W yang diberikan dalam pakej pembelian.

Sebagai tambahan, Galaxy M20 turut dilengkapi dengan sensor pengimbas cap jari yang tidak tersedia pada Galaxy M10. Kedua-dua model ini akan ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu hitam dan juga biru.

Harga jualan Galaxy M10 dan Galaxy M20 di India:

  • Samsung Galaxy M10
    • 2GB + 16GB → Rs 7,990 (kira-kira RM462)
    • 3GB + 32GB → Rs 8,990 (kira-kira RM520)
  • Samsung Galaxy M20
    • 3GB + 32GB → Rs 10,990 (kira-kira RM635)
    • 4GB + 64GB → Rs 12,990 (kira-kira RM751)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend