Samsung Galaxy J8 Dengan Skrin 6.0 Super AMOLED HD+ Boleh Dimiliki Pada Harga RM999 Comments Off on Samsung Galaxy J8 Dengan Skrin 6.0 Super AMOLED HD+ Boleh Dimiliki Pada Harga RM999

Sekiranya anda sedang mencari sebuah telefon pintar baru yang mahukan paparan skrin yang menonjol, Samsung kini ada menawarkan model Galaxy J8 yang dilengkapi dengan paparan Infinity Display daripada Super AMOLED berukuran 6.0 inci HD+.

 

Samsung Galaxy J8 telah dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 450, menyokong platform Android 8.0 Oreo, ruang storan 32GB, RAM 3GB, dwi kamera utama beresolusi 16 Megapiksel (f/1.7) + 5 Megapiksel (f/1.9), kamera hadapan 16 Megapiksel (f/1.9) dengan sokongan LED flash, dan juga 3500 mAh.

Samsung Galaxy J8

Selain itu, Samsung Malaysia turut menawarkan model Galaxy J6 dengan sokongan skrin 5.6 inci Super AMOLED HD+, dikuasakan dengan pemproses Exynos 7870, kamera utama 13 Megapiksel (f/1.9), kamera hadapan 8 Megapiksel (f/1.9) dengan sokongan LED flash, dan juga bateri berkapasiti 3000 mAh.

Samsung Galaxy J6

Samsung Galaxy J8 dan Galaxy J6 boleh dibeli melalui Samsung Experience Store, kedai rasmi Samsung di Lazada dan juga Samsung Malaysia Online Store di seluruh negara. Samsung Galaxy J8 dijual pada harga RM999, manakala Galaxy J6 pula boleh dimiliki pada harga RM749. Terdapat tiga warna ditawarkan untuk kedua-dua model ini iaitu ungu, hitam dan emas.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend