Samsung Galaxy J4+ Dan J6+ Dengan Skrin 6.0″ HD+ Infinity Display, Kini Dijual Pada Harga Bermula Daripada RM699 Comments Off on Samsung Galaxy J4+ Dan J6+ Dengan Skrin 6.0″ HD+ Infinity Display, Kini Dijual Pada Harga Bermula Daripada RM699

Hari ini Samsung Malaysia secara rasminya telah mengumumkan ketersediaan jualan dua model mampu milik baharunya untuk pasaran tempatan iaitu Galaxy J4+ dan juga Galaxy J6+. Dengan menampilkan rekaan paparan Infinity Display, kedua-duanya menyokong skrin sentuh TFT berukuran 6.0 inci dengan resolusi HD+ (1480 x 720 piksel).

Apa yang menariknya, selain menyokong dua slot kad SIM bersaiz nano dengan sambungan rangkaian 4G LTE, kedua-duanya juga turut disediakan dengan slot kad microSD sehingga 512GB secara berasingan. Malah Galaxy J4+ dengan Galaxy J6+ juga mampu menjanjikan ketahanan yang lebih kurang setanding dengan bateri berkapasiti 3300 mAh.

Lebih istimewa, Galaxy J6+ telah menampilkan rekaan sensor pengimbas cap jari yang lebih unik kerana ia telah ditempatkan pada butang kuasa yang terletak di sisi kanan kerangkanya. Ia merupakan konsep rekaan yang kedua diperkenalkan pada peranti Samsung selepas model pertamanya iaitu Galaxy A7 (2018).

Samsung Galaxy J4+ dan Galaxy J6+ kini sudahpun boleh dimiliki di semua kedai Samsung Experiences dan juga kedai dalam talian Samsung Malaysia pada harga RM699 dan juga RM999. Galaxy J4+ akan ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Pink, Gold dan Black, manakala Galaxy J6+ pula tersedia dalam warna Gray, Black dan Red.

Samsung Galaxy J4+ (RM699):

  • Android 8.1 Oreo
  • Qualcomm Snapdragon 425
  • 2GB + 32GB (microSD sehingga 512GB)
  • 6.0 inci TFT HD+ (1480 x 720 piksel)
  • Kamera utama: 13MP (f/1.9)
  • Kamera hadapan: 5MP (f/2.2)
  • 3300 mAh
  • microUSB, bicu audio 3.5mm, Bluetooth v4.2, 802.11 b/g/n
  • Accelerometer, Light sensor, Proximity sensor
  • 161.4 x 76.9 x 7.9mm / 178g

Samsung Galaxy J6+ (RM999):

  • Android 8.1 Oreo
  • Qualcomm Snapdragon 425
  • 4GB + 64GB (microSD sehingga 512GB)
  • 6.0 inci TFT HD+ (1480 x 720 piksel)
  • Kamera utama: 13MP (f/1.9) + 5MP (f/2.2)
  • Kamera hadapan: 8MP (f/1.9)
  • 3300 mAh
  • microUSB, bicu audio 3.5mm, Bluetooth v4.2, 802.11 b/g/n
  • Accelerometer, Light sensor, Proximity sensor, Gyro sensor, Geomagnetic sensor
  • Pengimbas cap jari (terbina-dalam pada butang kuasa)
  • 161.4 x 76.9 x 7.9mm / 178g
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend