Samsung Galaxy J2 Core 2020 Kini Dijual Di India Dengan Sokongan Storan Lebih Besar Comments Off on Samsung Galaxy J2 Core 2020 Kini Dijual Di India Dengan Sokongan Storan Lebih Besar

Penawaran telefon pintar baharu dengan menampilkan rekaan fizikal yang sama bukanlah bukanlah sesuatu yang asing lagi, malah jenama popular seperti Apple turut menggunakan pendekatan yang sama pada model iPhone SE 2020 keluarannya.

Perkara yang sama dapat dilihat telah dipraktikkan oleh Samsung apabila baru-baru ini ia telah memperkenalkan model Galaxy J2 Core 2020 untuk pasaran di India. Sama seperti model yang diperkenalkan pada tahun 2018, ia masih mengekalkan rekaan yang sama kecuali ditampilkan dalam warna baharu iaitu biru.

Namun agak mengejutkan kerana tiada banyak perubahan yang dapat dilihat pada model Galaxy J2 Core 2020 berbanding generasi pertamanya. Ini kerana Selain warna baharu, perubahan yang dapat dilihat hanyalah pada sokongan ruang storan lebih besar iaitu 16GB berbanding hanya 8GB sebelum ini.

Samsung Galaxy J2 Core 2020 dijual pada harga INR6,299 (~RM360), telefon pintar bajet terbaharu daripada Samsung ini sudahpun mula dijual secara rasmi untuk pasaran di India dengan sokongan Android 8.1 Oreo.

Spesifikasi Samsung Galaxy J2 Core 2020:

  • Android 8.1 Oreo (Go Edition)
  • Exynos 7570 (14nm)
  • 1GB RAM + 16GB (eMMC 5.0)
  • 5.0 inci PLS TFT, 540 x 960 piksel
  • Kamera depan: 5MP (f/2.2)
  • Kamera utama: 8MP (f/2.2)
  • WiFi 802.11n, Bluetooth v4.2, microUSB
  • 2600mAh
  • Pilihan warna: Black, Gold, Blue
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend