Samsung Galaxy Fold Akan Memasuki Pasaran Malaysia Bulan Ini, Pra-tempah Tidak Lama Lagi Comments Off on Samsung Galaxy Fold Akan Memasuki Pasaran Malaysia Bulan Ini, Pra-tempah Tidak Lama Lagi

Samsung Galaxy Fold telah menjalani perubahan yang kedua selepas rekaan pertama menghadapi masalah pada skrin. Di Singapura, peranti dengan paparan boleh-lipat ini telah terjual habis pada hari pertama tempahannya dibuka pada September lalu.

Kini, Galaxy Fold difahamkan bakal ditawarkan di Malaysia menjelang hujung bulan ini. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh pihak Samsung Malaysia dalam perkembangan terbaru. Menurut syarikat, pra-tempah untuk peranti tersebut akan dibuka kepada orang ramai tidak lama lagi.

Di Singapura, peranti ini ditawarkan pada harga SGD3088 yang mana jika mengikut tukaran mata wang semasa, ia dianggarkan berharga sekitar RM9349 sebuah. Apa-apapun kita akan mendengar lebih lanjut berkenaan Galaxy Fold di Malaysia dalam masa terdekat ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend