Samsung Galaxy Fold Akan Diperkenalkan Di Malaysia Minggu Pertama Mei Ini Comments Off on Samsung Galaxy Fold Akan Diperkenalkan Di Malaysia Minggu Pertama Mei Ini

Samsung Malaysia dilihat telah mula menyebarkan imej acah terbaru kepada media tempatan. Imej acah tersebut memperlihatkan peranti boleh lipat Samsung Galaxy Fold diikuti tarikh serta masa.

Memandangkan pasaran telefon pintar Malaysia sering menjadi tumpuan utama, kita boleh menjangkakan pihak Samsung akan memperkenalkan peranti ini untuk pasaran tempatan tidak lama lagi iaitu pada 9.30 pagi, 3 Mei 2019. Tiada maklumat lanjut diberikan buat masa ini.

Samsung Galaxy Fold merupakan peranti paling premium keluaran Samsung yang telah diumumkan di San Francisco pada bulan Februari lepas semasa pelancaran siri Galaxy S10. Peranti ini memilki dua skrin, satu boleh lipat, satu di luar serta hadir dengan enam kamera depan, belakang, dan luar.

Galaxy Fold diumumkan pada harga USD1,980 di Amerika Syarikat dan sekiranya dibawa masuk ke Malaysia tidak mustahil peranti ini dijual sekitar RM8,000 ke RM9,000 seunit.

Baca juga:

Huawei Mate X vs Samsung Galaxy Fold – Perbandingan Spesifikasi Telefon Pintar Dengan Skrin Boleh Lipat

Ujian Terhadap Skrin Lipat Samsung Galaxy Fold Diperlihatkan – Dakwa Mampu Bertahan Selama 5 Tahun

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend