Samsung Galaxy Fold 2 Berkemungkinan Besar Akan Menggunakan Cipset Snapdragon 855 Comments Off on Samsung Galaxy Fold 2 Berkemungkinan Besar Akan Menggunakan Cipset Snapdragon 855

Ternyata percubaan Samsung dalam menghasilkan telefon pintar dengan rekaan skrin boleh lipat telah berjaya mendapat perhatian banyak pihak. Bahkan kesemua unit Samsung Galaxy Fold yang dijual pada harga lebih RM8,000 untuk pasaran tempatan juga telah dikhabarkan telah habis terjual.

Rekaan Samsung Galaxy Fold generasi pertama.

Bagi memastikan generasi kedua telefon pintar dengan skrin boleh lipat ini boleh ditawarkan pada harga yang lebih rendah, Samsung dikhabarkan bakal menggunakan cipset Snapdragon 855 pada model Galaxy Fold 2 nanti. Ini kerana melalui kombinasi sokongan cipset yang sama seperti generasi pertamanya dan juga rekaan skrin boleh lipat yang lebih ringkas, ia mampu mengurangkan kosnya.

Menurut maklumat yang didedahkan, Galaxy Fold 2 yang akan menggunakan nombor model SM-F700F akan turut menyokong kamera depan beresolusi 10MP. Apa yang pasti kesemua varian Galaxy Fold 2 yang akan dijual untuk pasaran global akan dikuasakan dengan cipset daripada Qualcomm dan tiada varian Exynos akan diperkenalkan.

sumber

Baca juga:

[Ulasan] Samsung Galaxy Fold, Rekaan Menawan Tapi Terlalu Manja

Samsung Galaxy Fold 2 Diperlihatkan Dalam Gambar Sebenar

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend