Samsung Galaxy Buds Kini Ditawarkan Pada Harga Hanya RM349, Berbanding Harga Asal RM499 Comments Off on Samsung Galaxy Buds Kini Ditawarkan Pada Harga Hanya RM349, Berbanding Harga Asal RM499

Diperkenalkan serentak dengan siri Galaxy S10, Samsung Malaysia turut melancarkan aksesori fon telinga tanpa wayar TWS iaitu Galaxy Buds. Kini selepas setahun berada di pasaran, Samsung Malaysia telahpun mengumumkan penurunan harga untuk aksesorinya itu.

Galaxy Buds yang tersedia dalam dua warna iaitu hitam dan putih kini ditawarkan pada harga hanya RM349. Ini bermakna anda kini boleh mendapatkan penjimatan sehingga RM150 berbanding harga asalnya iaitu RM499.

Lebih menariknya, harga baharu ini sudahpun boleh dinikmati di semua Samsung Experience Store, pengedar yang sah, dan juga melalui Samsung Online Store.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend