Samsung Galaxy A9 (2018) Mula Terima Kemas Kini One UI 2.0 Berasaskan Android 10 Comments Off on Samsung Galaxy A9 (2018) Mula Terima Kemas Kini One UI 2.0 Berasaskan Android 10

Samsung Galaxy A9 (2018) telahpun dilancarkan secara rasmi di negara ini pada November 2018 yang lalu, dan telah dijual pada harga RM1,999. Walaupun sudah hampir dua tahun berada di pasaran, Galaxy A9 (2018) kini dilaporkan masih lagi menerima kemas kini baharu.

Menurut Sammobile, Samsung Galaxy A9 (2018) dengan nombor model A920FXXU3CTCD yang dijual untuk pasaran di Poland telahpun menerima kemas kini One UI 2.0 berasaskan Android 10.

Selain Android 10, kemas kini baharu ini juga turut didatangkan dengan sokongan tampalan keselamatan Android untuk bulan Mac 2020.

Apa yang menariknya, Samsung Galaxy A9 (2018) yang dioperasikan dengan Android 8.0 Oreo pada awal kemunculannya telahpun menerima dua kemas kini versi Android utama iaitu Android 9.0 Pie pada tahun lepas, dan kini Android 10.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend