Samsung Galaxy A80 Diperkenalkan Dengan 6.7″ sAMOLED , Kamera 48MP Boleh Putar dan Snapdragon 730 Comments Off on Samsung Galaxy A80 Diperkenalkan Dengan 6.7″ sAMOLED , Kamera 48MP Boleh Putar dan Snapdragon 730 628

Baru-baru ini Samsung telah mengumumkan kemunculan peranti pertamanya dengan menampilkan kelainan rekaan pada sokongan tiga kameranya yang boleh putar secara automatik. Kehadiran model Samsung Galaxy A80 bukan sekadar memenuhi portfolio siri Galaxy A, tetapi ia menjanjikan pelbagai fungsi premium yang lebih moden.

Galaxy A80 menampilkan rekaan panel skrin sAMOLED FHD+ (2400 x 1080 piksel) berukuran 6.7 inci dan ia memiliki saiz bezel yang sangat nipis tanpa kehadiran sebarang takuk atau lubang pada skrin. Malah ia turut menyokong sensor pengimbas cap jari pada skrin yang tersedia dengan antaramuka Samsung One UI berasaskan Android 9.0 Pie.

Menariknya rekaan kamera boleh putar pada peranti ini boleh digunakan sebagai kamera utama ataupun kamera depan dengan penyediaan tiga lensa beresolusi 48MP (f/2.0) + 8MP (Ultra-wide, 123°, f/2.2) + ToF. Sebahagian panel belakang Galaxy A80 akan digelongsorkan ke atas secara automatik sebaik sahaja pengguna mengakses kamera depan untuk tujuan swafoto.

Dari segi pretasinya pula, Galaxy A80 telah dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 730 (8nm), RAM berkapasiti 8GB, ruang storan sebesar 128GB, dan juga bateri berkapasiti 3700 mAh dengan teknologi pengecasan pantas 25W. Namun dengan saiz kerangka berukuran 165.2 x 76.5 x 9.3mm, Galaxy A80 tidak memiliki bicu audio 3.5mm dan juga slot kad microSD.

Tersedia dalam tiga warna pilihan iaitu Angel Gold, Ghost White dan Phantom Black, Galaxy A80 akan mula dilancarkan secara rasmi pada 29 Mei nanti. Buat masa ini hanya harga jualan untuk pasaran Eropah sahaja telah pun dikongsikan iaitu sekitar €649 (kira-kira RM3,013).

Baca juga:

Qualcomm Perkenal Cipset 8nm Pertama Dengan Snapdragon 730/730G – Snapdragon 665 Turut Diumumkan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend