Samsung Galaxy A71 Muncul Dalam Imej Pengolokan, Skrin Infinity-O Dan Kuadkamera Berbentuk-L Comments Off on Samsung Galaxy A71 Muncul Dalam Imej Pengolokan, Skrin Infinity-O Dan Kuadkamera Berbentuk-L

Samsung nampaknya telah bersedia untuk melancarkan telefon pintar terbaru tidak lama lagi. Terkini, imej pengolokan dipercayai Samsung Galaxy A71 telah muncul di arena web memperlihatkan reka bentuk peranti.

Telefon ini bakal menggunakan paparan Infinity-O bersaiz 6.7-inci AMOLED dengan binaan pengimbas cap jari bawah skrin. Skrin berlubang juga menempatkan sensor 32MP untuk kamera depan. Rekaan paparan ini hampir menyerupai siri Galaxy Note 10, tapi berdasarkan imej, nisbah skrin-ke-kerangka Galaxy A71 ini mungkin tidak begitu besar.

Pada bahagian belakang pula, Galaxy A71 menyesuaikan susunan lensa berbentuk-L dan menurut khabar angin Samsung akan menyertakan kuadkamera 48MP utama, 12MP ultralebar, 12MP telefoto, dan sensor ToF pada peranti.

Di sisi kanan, terdapat butang fizikal kuasa/kunci dan laras suara disamping slot SIM. Sementara di bawah, Galaxy A71 menyokong USB-C dan sambungan bicu audio 3.5mm sebaris dengan pembesar suara.

Spesifikasi dalaman pula, penanda aras Geekbench menunjukkan peranti dikuasakan Snapdragon 675 dibantu memori 8GB RAM, serta dijalankan Android 10. Untuk lain-lain, ia mungkin akan tertiris atau didedahkan kepada umum tidak lama lagi.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend