Samsung Galaxy A70s Dengan Kamera 64MP Dijangka Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi Di India Comments Off on Samsung Galaxy A70s Dengan Kamera 64MP Dijangka Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi Di India 289

Sejak Mei yang lalu, berita tentang telefon pintar pertama keluaran Samsung yang akan tampil dengan sokongan kamera 64MP iaitu pada model Samsung Galaxy A70s sudahpun mula diperkatakan di Internet. Nampaknya kemunculan versi peningkatan untuk Galaxy A70 yang diperkenalkan pada Mac 2019 yang lalu dipercayai akan dilancarkan secara rasmi dalam masa terdekat ini.

Perkara ini telah disahkan oleh portal 91mobiles yang menyedari laman sokongan untuk Galaxy A70s yang tampil dengan nombor model SM-A707F/DSM di laman rasmi Samsung India. Perkara ini secara tidak langsung telah memberi klu awal untuk pelancaran rasmi Samsung Galaxy A70s di negara itu.

Sebagaimana yang tertiris di TENAA, Galaxy A70s dengan sokongan skrin berukuran 6.7 inci akan turut dilengkapi dengan kamera 64MP, bateri berkapasiti 4400mAh, dan juga tampil dalam kerangka berdimensi 164.2 x 76.7 x 7.9 inci. Sama seperti Galaxy A70, peranti ini akan turut dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 675.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend