Samsung Galaxy A70S Bakal Menjadi Peranti Pertama Di Dunia Hadir Dengan Sensor Kamera 64MP Comments Off on Samsung Galaxy A70S Bakal Menjadi Peranti Pertama Di Dunia Hadir Dengan Sensor Kamera 64MP

Dilancarkan secara rasmi pada awal Mei 2019 yang lalu, Samsung ISOCELL Bright GW1 merupakan sensor kamera pertama yang menawarkan resolusi paling tinggi di pasaran buat masa ini. Selain itu, ia juga turut menyokong ciri High Dynamic Range (HDR) masa-nyata 100dB bagi mendapatkan gambar yang lebih berkualiti.

Portal etnews dari Korea baru-baru ini telah mendedahkan bahawa Samsung Electronics dikatakan telah merancang untuk menawarkan sensor kamera 64MP ini pada Samsung Galaxy A70S. Berita ini berkemungkinan besar ada kebenarannya kerana sebelum ini Samsung telahpun mengumumkan untuk memperkenalkan sensor kamera ini sekitar pertengahan kedua tahun 2019 ini, iaitu bersamaan dengan pelancaran Samsung Galaxy A70S.

Ini secara tidak langsung menjadikannya sebagai telefon pintar pertama di dunia yang menyokong sensor kamera beresolusi 64MP, sekaligus mengatasi keupayaan Sony yang sebelum ini tampil dengan sensor kamera 48MP.

Baca juga:

Samsung Sudah Bersedia Dengan Kamera 5x Zum Optikal Untuk Telefon Pintar

Samsung Perkenal Sensor Kamera ISOCELL Bright GW1 Beresolusi 64MP

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend