Samsung Galaxy A7 (2018) Dengan Sokongan Tiga Kamera Kini Dilancarkan Pada Harga RM1,299 Comments Off on Samsung Galaxy A7 (2018) Dengan Sokongan Tiga Kamera Kini Dilancarkan Pada Harga RM1,299

Di dalam acara #AGalaxyEvent yang diadakan di ibu, Samsung Malaysia telah melancarkan model pertamanya yang hadir dengan sokongan tiga kamera untuk pasaran tempatan dengan model Samsung Galaxy A7 (2018). Lebih menariknya, ia juga merupakan telefon pintar pertama keluaran Samsung yang hadir dengan rekaan pengimbas cap jari terbina-dalam pada butang kuasa.

Samsung Galaxy A7 (2018) yang dilengkapi dengan paparan skrin Super AMOLED 6.0 inci FHD+ (2220 x 1080 piksel) ini telah dikuasakan dengan pemproses lapan teras daripada Exynos 7885 dengan kelajuan 4x 2.2GHz + 4x 1.6GHz. Ditawarkan dalam varian 4GB + 128GB, ia turut hadir dengan slot berasingan untuk sokongan kad microSD sehingga 512GB.

Rekaan skrin tanpa takuk dengan kamera hadapan 24MP yang dilengkapi LED flash.

Walaupun disasarkan untuk segmen kelas pertengahan, Galaxy A7 (2018) telah menjanjikan satu kelainan berbanding pesaingnya yang lain kerana ia dilengkapi dengan tiga kamera. Lensa utama hadir dengan resolusi 24MP (f/1.7), manakala lensa kedua 8MP (f/2.4) ditawarkan untuk sokongan penggambaran sudut ultra luas, dan lensa ketiga 5MP (f/2.2) pula disediakan untuk efek bokeh. Kamera hadapannya pula beresolusi 24MP (f/2.0) dengan sokongan LED Flash.

Dijana dengan bateri berkapasiti 3300 mAh, Galaxy A7 (2018) dengan sokongan port microUSB dan audio berkualiti Dolby Atmos ini telah dioperasikan dengan Android 8.0 Oreo. Ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu biru, hitam dan emas, Galaxy A7 (2018) akan dijual pada harga RM1299.

Warna merah jambu tidak dibawa masuk ke pasaran Malaysia buat masa ini.

Samsung Malaysia akan turut mengadakan promosi hebat untuk pembeli yang membuat pra-tempah pada 15 hingga 21 Oktober 2018 ini. Pra-tempah Samsung Galaxy A7 (2018) di https://galaxyapreorder.mysamsungcampaign.com/index.aspx dan dapatkan hadiah percuma bernilai RM302.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend