Samsung Galaxy A7 (2018) Dengan Empat Kamera Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 11 Oktober 2018 Comments Off on Samsung Galaxy A7 (2018) Dengan Empat Kamera Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 11 Oktober 2018

Pada awal bulan yang lalu, kami ada berkongsi sebuah artikel yang mendakwa Samsung bakal hadir dengan telefon pintar pertama keluaranya yang menyokong sehingga empat kamera. Nampaknya perkara ini telah disahkan benar selepas pihak Samsung Malaysia telah mengesahkan kemunculan model tersebut melalui acara ‘Samsung Galaxy Unpacked’ pertama yang akan diadakan di Malaysia.

Acara eksklusif yang akan berlangsung pada 11 Oktober 2018 itu nanti telah menggunakan slogan¬†‘4X Fun’ yang merujuk kepada sokongan empat buah kamera. Apa yang lebih menariknya, perkara ini telah disahkan lagi dengan imej Samsung Galaxy A7 (2018) yang tertiris di laman sesawang galaxyclub.nl.

Melalui ketirisan imej yang telah dikongsikan itu, Samsung Galaxy A7 (2017) dilihat mengekalkan rekaan skrin ‘Infinity Display’ sama seperti Galaxy A8 (2018). Namun apa yang membezakannya adalah sokongan empat kamera pada Galaxy A7 (2018) iaitu tiga kamera utama dan satu kamera hadapan.

Buat masa ini tiada banyak spesifikasi yang didedahkan, tetapi ia dipercayai akan dioperasikan dengan pemproses Exynos 7885 dengan sokongan RAM 4GB.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend