
Samsung baru sahaja melepaskan kemas kini terbaru untuk telefon pintar kelas pertengahan mereka iaitu Galaxy A50 di India.
Perisian bersaiz 422MB yang memegang nombor versi A505FDDU2ASF2 dilaporkan membawa beberapa tingkat taraf seperti penawaran mod malam, fungsi rakaman Super Slo-Mo, kestabilan pada Knox Guard, dan keselamatan pada peranti.
Menurut pengguna yang sudah mengemas kini perisian terbaru ini, tetapan pada kamera perlu dibuat terlebih dahulu untuk menggunakan mod malam dan rakaman gerak perlahan.
Selain daripada itu, kemas kini turut menyertakan fungsi yang mana pengguna boleh mengimbas kod QR terus aplikasi kamera tanpa perlu membuka Bixby Vision.
Bagi yang menggunakan Samsung Galaxy A50, sila semak peranti jika anda salah seorang daripada pengguna terawal di Malaysia.
Baca juga:
[Ulasan] Samsung Galaxy A50, Lengkap Dengan Ciri Yang Dimahukan Pengguna Berbajet