Samsung Galaxy A50 Terima Kemas Kini Naik Taraf Kamera Dan Sambungan WiFi Comments Off on Samsung Galaxy A50 Terima Kemas Kini Naik Taraf Kamera Dan Sambungan WiFi 645

Samsung Galaxy A50 merupakan telefon pintar kelas pertengahan yang menawarkan pelbagai ciri-ciri terkini. Ia dijual pada harga RM1,199 dengan memori 6GB RAM dan 128GB storan. Walau bagaimanapun, telefon pintar ini dilaporkan mengalami isu di mana sistem pengimbas cap jari dalam skrin memberi respon yang agak lambat dan sering gagal menyahkunci peranti. Tidak lama selepas itu, satu kemas kini tampalan telah dilepaskan kepada pengguna bagi menyelesaikan isu tersebut.

Hari ini Samsung dilaporkan telah mula melepaskan kemas kini terbaru bagi pengguna Galaxy A50. Tampalan keselamatan bulan Mei telah diberikan disamping naik taraf kepada perisian dalaman seperti kamera dan sambungan WiFi. Buat masa ini ia tersedia kepada pengguna India dengan saiz fail muat turun sebesar 154MB. Memandangkan ia cuma naik taraf kecil, kemas kini diberikan secara On-the-air (OTA). Bagi pengguna di luar India, ia mungkin akan tersedia dalam masa terdekat ini secara berperingkat.

Samsung Galaxy A50 hadir dengan paparan Super AMOLED 6.4-inci dengan takuk titisan air. Ia dilengkapi tri-kamera belakang 25MP+8MP+5MP selain bateri berkapasiti 4,000mAh. Ia turut dijalankan di atas sistem One UI terbaru berasaskan Android 9.1 Pie.

Nampaknya Samsung betul-betul memberi tumpuan kepada telefon pintar kelas pertengahan mereka buat masa ini iaitu spesifikasi, harga, dan kemas kini, tiga ciri utama yang dimahukan pengguna.

Baca juga:

[Ulasan] Samsung Galaxy A50, Lengkap Dengan Ciri Yang Dimahukan Pengguna Berbajet

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend