Samsung Galaxy A10 Kini Rasmi Sebagai Peranti Paling Mampu Milik Daripada Siri-A Comments Off on Samsung Galaxy A10 Kini Rasmi Sebagai Peranti Paling Mampu Milik Daripada Siri-A 325

Masih lagi membawa berita dari MWC 2019, Samsung hari ini memperkenalkan Samsung Galaxy A10 – dikatakan telefon pintar paling mampu milik daripada siri-A. Telefon pintar ini tampil dengan spesifikasi asas seperti cip pemproses Exynos 7884 dan memori 2GB RAM.

Galaxy A10 dilengkapi paparan skrin Infinity-V berukuran 6.2-inci HD+ yang dikuasakan Exynos 7884 – cip yang jarang digunakan oleh Samsung dan kali terakhir digunakan pada Galaxy J3 V. Bagaimanapun, ia memiliki lapan teras kuasa untuk melancarkan lagi sistem operasi dalaman.


Storan dalaman sebesar 32GB ini turut menyokong kad memori sehingga 512GB selain dijana bateri berkapasiti 3,400mAh. Peranti ini hanya dibekalkan satu kamera belakang 13MP f/1.9 dan satu kamera depan 5MP.

Galaxy A10 juga dioperasikan sistem antaramuka One UI berasaskan Android Pie – sistem yang sama digunakan pada siri Galaxy S10. Ia tersedia dengan pilihan warna biru, merah, dan hitam dan akan dijual pada bulan Mac ini. Buat masa ini, pihak Samsung masih belum mengumumkan harga peranti ini.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend