Samsung Disaman Oleh Suruhanjaya Pengguna Di Australia Gara-Gara Iklan ‘Kalis Air’ Pada Siri Galaxy Comments Off on Samsung Disaman Oleh Suruhanjaya Pengguna Di Australia Gara-Gara Iklan ‘Kalis Air’ Pada Siri Galaxy 313

Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia atau nama singkatannya ACCC yang bertindak mewakili pengguna di negara itu telah mengambil tindakan saman terhadap Samsung Electronics Co Ltd. Tindakan undang-undang itu telah diambil berikutan iklan yang mempromosikan ciri kalis air yang mengelirukan pengguna.

Sebagaimana yang kita ketahui, peranti mercu dari siri Galaxy keluaran Samsung sememangnya telah menerima pengiktirafan ciri kalis air IP68. Namun begitu, melalui iklan yang dipromosikan oleh Samsung Galaxy kepada pengguna Australia jelas memperlihatkan kesesuaiannya untuk digunakan di dalam kolam renang dan juga di laut.

Perkara itu dikatakan telah mengelirukan banyak pengguna di negara itu kerana ciri IP68 untuk peranti Samsung Galaxy sebenarnya tidak sesuai untuk digunakan di dalam air masin. Tetapi berdasarkan kes yang telah difailkan, Samsung dikatakan telah mengiklankan lebih daripada 300 iklan yang menyaksikan penggunaan peranti itu di laut.

Menurut Rod Sims selaku Pengerusi ACCC, Samsung telah mengiklankan perantinya dengan cara yang salah dan ini sudah tentunya akan mengelirukan pengguna terhadap keupayaan IP68 pada peranti tersebut. Ini boleh mengakibatkan Samsung berhadapan dengan denda mencecah jutaan dolar.

melalui, sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend