Samsung Dipercayai Akan Hadir Dengan Versi Mampu Milik Untuk Siri Galaxy Note Comments Off on Samsung Dipercayai Akan Hadir Dengan Versi Mampu Milik Untuk Siri Galaxy Note 288

Sejak Samsung mula memperkenalkan siri Galaxy Note generasi pertama pada tahun 2011 yang lalu, peranti unik yang tersedia dengan sokongan S Pen terbina-dalam ini telah berjaya memiliki pengikutnya yang tersendiri. Namun begitu, apa yang menjadi kekangan untuk siri Galaxy Note memiliki lebih ramai pengikut adalah faktor harga jualan yang agak tinggi.

Melalui pendedahan yang dibuat oleh portal sammobile, Samsung dipercayai akan memperkenalkan versi lebih mampu milik untuk siri Galaxy Note pada masa akan datang. Perkara ini berjaya didedahkan melalui penggunaan nombor model SM-N770F yang sebelum ini tidak pernah tersenarai dalam portfolio peranti keluaran Samsung.

Samsung Galaxy Note10+ merupakan model terbaharu yang dilancarkan secara rasmi pada Ogos 2019 yang lalu.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, kesemua siri Galaxy Note menggunakan nombor model yang bermula dengan SM-N9xx. Jadi SM-N770F yang bermula dengan angka ‘7’ ini mungkin merujuk kepada versi lebih murah berbanding siri Galaxy Note biasa. Tambahan pula Samsung juga sebelum ini dilaporkan sedang menghasilkan Samsung Galaxy Fold versi mampu milik dengan nombor model SM-F700F.

Baca juga:

Samsung Galaxy Note 10/Note 10+ Kini Rasmi Dengan Paparan 6.3″ Dan 6.8″, 12GB RAM, Pengecasan 45W

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend