Samsung Dilaporkan Akan Menawarkan Fungsi Pengecasan Tanpa Wayar Untuk Telefon Pintar Kelas Pertengahannya Comments Off on Samsung Dilaporkan Akan Menawarkan Fungsi Pengecasan Tanpa Wayar Untuk Telefon Pintar Kelas Pertengahannya

Apabila sebut sahaja tentang teknologi pengecasan tanpa wayar, Samsung merupakan pengeluar terawal yang memperkenalkannya untuk model Galaxy S6/S6 edge pada tahun 2015 yang lalu. Sehingga kini lebih banyak pengeluar dilihat turut mengikuti jejak langkah Samsung, dan ini termasuklah jenama popular lain seperti Apple dan juga Xiaomi.

Melalui laporan yang telah dikongsikan oleh satu sumber dari Korea Selatan, Samsung dikatakan akan mengambil langkah untuk turut menawarkan fungsi pengecasan tanpa wayar untuk telefon pintar kelas pertengahannya nanti. Malah sumber itu juga turut mendedahkan bahawa Samsung akan melancarkan aksesori pengecasan tanpa wayar yang lebih mampu milik dengan output 9W.

Pengecasan tanpa wayar keluaran Samsung ini dikatakan akan dijual pada harga USD17 (kira-kira RM70), dan bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend