Samsung Dedah Spesifikasi Galaxy J6+ Dan Galaxy J4+ Secara Rasmi, Akan Dilancarkan Pada 25 September Comments Off on Samsung Dedah Spesifikasi Galaxy J6+ Dan Galaxy J4+ Secara Rasmi, Akan Dilancarkan Pada 25 September

Pada minggu lepas, kami telahpun mendedahkan perancangan Samsung untuk melancarkan dua model terbaharunya dari siri Galaxy J dengan kemunculan Galaxy J6+ dan juga Galaxy J4+. Selepas mendapat perakuan daripada Bluetooth SIG, kini Samsung dilihat telah mula mendedahkan spesifikasi kedua-dua model itu secara rasmi di laman sesawang mereka.

Samsung Galaxy J6+

Tampil dengan sokongan skrin 6.0 inci HD+ (1480 x 720 piksel), Galaxy J6+ telah dikuasakan dengan pemproses empat teras berkelajuan 1.4GHz yang tidak didedahkan jenis cipset yang digunakan. Sama seperti cipset, konfigurasi storan model ini juga bergantung kepada pasaran berbeza iaitu sama ada 3GB + 32GB ataupun 4GB + 64GB.

Keupayaan penggambaran model ini disokong oleh dwi kamera beresolusi 13MP (f/1.9) + 5MP (f/2.2), dan juga kamera hadapan 8MP (f/1.9). Galaxy J6+ juga menyokong port microUSB, Bluetooth v4.2, NFC (bergantung kepada pasaran), dioperasikan oleh Android 8.1 Oreo, dan juga bateri berkapasiti 3,300 mAh.

Apa yang lebih menariknya, Galaxy J6+ merupakan peranti pertama keluaran Samsung yang menyokong sensor pengimbas cap jari pada bahagian sisi kerangkanya. Terdapat tiga warna pilihan ditawarkan iaitu kelabu, merah dan juga hitam.

Samsung Galaxy J4+

Sama seperti Galaxy J6+, Galaxy J4+ juga menyokong saiz skrin dan juga resolusi yang sama besar. Malah ia juga akan dikuasakan dengan pemproses yang sama, tetapi hadir dengan ruang storan yang lebih kecil iaitu 2GB + 16GB dan 3GB + 32GB.

Galaxy J4+ juga hanya dilengkapi dengan satu lensa kamera beresolusi 13MP (f/1.9) dengan 5MP (f/2.2) untuk kamera hadapannya. Ia juga menyokong port microUSB, Bluetooth v4.2, NFC (bergantung kepada pasaran), dioperasikan oleh Android 8.1 Oreo, dan juga bateri berkapasiti 3,300 mAh.

Sungguhpun begitu, Galaxy J4+ tidak menyokong sensor pengimbas cap jari, dan juga sensor tambahan seperti Gyroscope, Geomagnetic, dan juga Hall. Ia juga akan ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu hitam, emas dan merah.

Buat masa ini harga masih belum didedahkan untuk kedua-dua model ini, tetapi ia mungkin akan diumumkan secara rasmi pada hari pelancarannya iaitu 25 September nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend