Samsung Dedah Mengapa Galaxy Fold Bermasalah, Akan Umum Tarikh Pelancaran Terbaru Comments Off on Samsung Dedah Mengapa Galaxy Fold Bermasalah, Akan Umum Tarikh Pelancaran Terbaru

Pelancaran Samsung Galaxy Fold telah dibatalkan di Malaysia mahupun di negara-negara lain. Ini kerana pihak Samsung telah mengambil keputusan untuk menundanya ke suatu tarikh yang belum ditentukan lagi disebabkan peranti mengalami masalah skrin.

Terkini, dalam pengumuman terbaru oleh DJ Koh, Ketua Pegawai Eksekutif Samsung Electronics memaklumkan bahawa pihaknya telah mengenal pasti sebab mengapa skrin Galaxy Fold bermasalah. Antara faktor utama adalah kecacatan disebabkan bahan yang membolehkan bendasing memasuki peranti. Malah pihaknya juga akan mengumumkan tarikh terbaru pelancaran dalam masa terdekat ini.

Koh turut berpendapat, Samsung masih belum terlewat untuk memasarkannya ke Amerika Syarikat khususnya. Samsung juga difahamkan telah menghantar emel terbaru kepada pelanggan yang telah menempah peranti itu mengatakan tempahan mereka akan dibatalkan dan tidak akan mengirim peranti pada penghujung Mei seperti yang dijanjikan.

Koh memberitahu Galaxy Fold telah ditambah baik untuk meningkatkan ketahanan peranti. Engsel yang menghubungkan dua bahagian skrin telah direka semula yang mana jurang antaranya kini dikurangkan.

melalui

Baca juga:

Huawei Mate X vs Samsung Galaxy Fold – Perbandingan Spesifikasi Telefon Pintar Dengan Skrin Boleh Lipat

Ujian Terhadap Skrin Lipat Samsung Galaxy Fold Diperlihatkan – Dakwa Mampu Bertahan Selama 5 Tahun

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend