Samsung Dan Kvadrat Berkolaborasi Untuk Perkenal Aksesori Daripada Bahan Kitar Semula Comments Off on Samsung Dan Kvadrat Berkolaborasi Untuk Perkenal Aksesori Daripada Bahan Kitar Semula

Dalam inisiatif sebagai sebuah syarikat yang mesra alam sekitar, Samsung baru-baru ini telah menjalinkan kolaborasi dengan Kvadrat yang merupakan sebuah jenama tekstil premium dari Denmark untuk memperkenalkan aksesori mesra alam sekitar.

Hasil dari kolaborasi itu, Samsung telah memperkenalkan sarung pelindung istimewa untuk model Galaxy S20+. Diperbuat daripada 500ml botol plastik yang dikitar semula, ia telah menjalani proses pencairan dan diformulasikan semula untuk menjadi bebenang tekstil.

Menggunakan kaedah ‘Upcycling’ yang bermaksud ‘penggunaan semula secara kreatif’, proses ini telah berjaya menghasilkan sebuah sarung pelindung yang hadir dengan rekaan yang sangat berkualiti dan dalam masa yang sama memberi kelebihan kepada alam sekitar.

Menurut Samsung, proses yang digunakan oleh Kvadrat ini membolehkan mereka untuk menghasilkan dua sarung pelindung Galaxy S20+ dengan menggunakan satu botol plastik.

Selain sarung pelindung kitar semula untuk Galaxy S20+, Samsung dan Kvadrat juga turut memperkenalkan tali jam kitar semula istimewa untuk Galaxy Watch Active2.

Buat masa ini ketersediaan dan juga harga jualan untuk aksesori kitar semula berkualiti tinggi keluaran Kvadrat ini masih lagi belum diumumkan secara rasmi.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend