Samsung Bakal Memperkenalkan Telefon Pintar Dengan Sokongan Bateri Graphene Menjelang Tahun Depan Atau 2021 Nanti Comments Off on Samsung Bakal Memperkenalkan Telefon Pintar Dengan Sokongan Bateri Graphene Menjelang Tahun Depan Atau 2021 Nanti 300

Tidak dinafikan lagi bahawa keupayaan spesifikasi telefon pintar dilihat semakin berkembang pesat saban hari, namun begitu teknologi bateri pula masih lagi berada di takuk yang sama. Penggunaan bateri Lithium-ion boleh dikatakan tidak dioptimumkan sepenuhnya kerana cabaran paling utama bateri jenis ini adalah hayat bateri yang agak pendek.

Menariknya @evleaks baru-baru ini telah melaporkan bahawa Samsung berkemungkinan besar akan mula memperkenalkan penggunaan bateri jenis Graphene pada sekurang-kurangnya satu model keluarannya menjelang tahun depan ataupun tahun 2021 nanti. Ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru kerana pada tahun lepas Samsung telahpun dikhabarkan selesai membangunkan bateri Graphene ini.

Bateri Graphene dikatakan mampu menjanjikan kepadatan tenaga yang jauh lebih optimum berbanding bateri Lithium-ion.

Bateri Graphene dikatakan mampu meningkatkan kepadatan kapasiti bateri sehingga 45% dan ia juga mampu memastikan penggunaan di dalam haba yang tinggi. Menariknya bateri jenis Graphene ini juga mampu dicas penuh sehingga 5x ganda lebih pantas berbanding bateri Lithium-ion.

melalui, sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend