Samsung Akan Menggunakan Bahan Mesra Alam Untuk Semua Pembungkusan Produknya Bermula Tahun Ini Comments Off on Samsung Akan Menggunakan Bahan Mesra Alam Untuk Semua Pembungkusan Produknya Bermula Tahun Ini

Hari Samsung Electronics telah mengumumkan bahawa mereka akan memulakan polisi pembungkusan yang lebih mesra alam dengan menggantikan bahan pembungkusan yang diperbuat daripada plastik. Dalam usaha tersebut, Samsung akan menggantikannya dengan kertas dan juga bahan yang lebih mesra alam.

Polisi baharu ini berkuat kuasa bermula pertengahan pertama tahun 2019 ini dan ia akan dipraktikkan pada semua produk keluaran Samsung, termasuklah telefon pintar, tablet, kelengkapan rumah, dan juga aksesori. Bagi merombak semula pembungkusan produk keluarannya, satu pasukan khas telah dibentuk untuk merealisasikannya.

Penggunaan tempat meletak telefon pintar, tablet dan peranti boleh pakai yang sebelum ini diperbuat daripada plastik akan digantikan dengan plastik, akan digantikan dengan kertas. Manakala plastik pembungkusan aksesori akan digantikan dengan bahan yang lebih mesra alam.

Bahkan kemasan berkilat pada palam kuasa juga akan digantikan dengan kemasan kusam (matte), dan plastik yang sebelum ini dibalut pada palam kuasa juga akan disingkirkan bagi mengurangkan penggunaannya. Selain itu beg plastik yang digunakan untuk melindungi kelengkapan rumah seperti TV, peti ais, mesin basuh dan sebagainya akan turut digantikan dengan beg yang boleh dikitar semula.

Melalui polisi pembungkusan baharu ini, Samsung Electronics telah mensasarkan untuk menggunakan 500,000 tan plastik kitar semula dan mengumpul sehingga 7.5 juta tan produk dibuang.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend