Samsung A8s Dengan Lubang Kamera Pada Skrin Akan Diperkenalkan Tidak Lama Lagi Comments Off on Samsung A8s Dengan Lubang Kamera Pada Skrin Akan Diperkenalkan Tidak Lama Lagi

Samsung baru-baru ini telah memperkenalkan Samsung Galaxy A9s dan A6s di China. Di akhir perbentangan dua peranti tersebut, pihak Samsung turut berkongsi gambar acah Samsung Galaxy A8s yang akan hadir dengan rekaan terbaru tidak lama lagi.

Baca juga: Samsung Galaxy A9 (2018) Diumumkan Sebagai Telefon Pintar Pertama Di Dunia Dengan Empat Kamera Belakang

Kita sedia maklum sehingga kini syarikat gergasi Korea Selatan ini masih tidak mahu mengeluarkan peranti dengan rekaan takuk seperti pengeluar-pengeluar lain. Oleh itu, untuk model yang akan datang ini ia akan menggunakan skrin paparan penuh dengan lubang kamera di bahagian atas.

 

Masih belum diketahui sama ada lubang tersebut diletakkan di tengah-tengah atau di sudut skrin, lubang kamera ini juga akan berfungsi sebagai sensor proximity dan ambient light. Menerusi teknologi ini, Samsung boleh dikatakan telah berjaya membuang takuk pada skrin yang mana segelintir pengguna tidak menyukainya.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend