Salah Satu Telco Terbesar Di Kanada Dilaporkan Akan Terus Menjalinkan Kerjasama Dengan Huawei Comments Off on Salah Satu Telco Terbesar Di Kanada Dilaporkan Akan Terus Menjalinkan Kerjasama Dengan Huawei

Walaupun dilanda kontroversi berhubung isu keselamatan privasi, salah satu daripada telco terbesar di Kanada iaitu Telus telah dilaporkan akan meneruskan kerjasama dengan Huawei. Perkara ini telah disahkan melalui penghantaran memo kepada kakitangannya berhubung jalinan kerjasama di antara Telus dengan Huawei.

Menurut Telus, Huawei merupakan peserta yang berdaya maju dan boleh dipercayai dalam industri telekomunikasi di Kanada, tambahan pula Huawei juga sering tampil dengan inovasi baru. Tidak cukup dengan itu, Huawei turut menjanjikan langkah-langkah keselamatan yang komprehensif, dan sering menawarkan naik taraf perisian yang baru.

Kanada kini dilaporkan sedang menjalankan kajian keselamatan sebelum pelancaran teknologi 5G, sama ada ingin mengharamkan Huawei daripada meneruskan inisiatif tersebut ataupun tidak. Duta China di Kanada juga turut menegaskan bahawa banyak individu di negara itu akan kehilangan pekerjaan sekiranya Kanada mengharamkannya.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend