Royole FlexPai – Peranti Dengan Skrin Boleh Lipat Pertama Di Dunia Habis Terjual Di China Comments Off on Royole FlexPai – Peranti Dengan Skrin Boleh Lipat Pertama Di Dunia Habis Terjual Di China

Apabila sebut sahaja tentang telefon pintar dengan skrin boleh lipat, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Royole sebenarnya merupakan pengeluar pertama di dunia yang hadir dengan peranti tersebut yang dikenali sebagai ‘FlexPai’. Malah ia sudahpun diperkenalkan lebih awal iaitu pada penghujung Oktober tahun lepas.

Namun begitu baru semalam Royole FlexPai telah dijual secara rasmi melalui platform e-dagang Tmall di China, dan menariknya peranti ini dilaporkan telah habis dijual dalam jualan pertamanya di China. Walau bagaimanapun buat masa ini pihak Royole tidak pula mendedahkan berapa unit yang berjaya dijual, dan sesi jualan kedua akan diadakan pada 9 Mei 2019 nanti.

Royole FlexPai telah dijual dalam tiga varian berbeza iaitu 6GB + 128GB yang dijual pada harga CNY8,999 (kira-kira RM5,525), manakala varian 8GB + 256GB pula berharga CNY9,998 (kira-kira RM6,139), dan varian tertinggi iaitu 8GB + 512GB dijual dengan harga CNY12,999 (kira-kira RM7,980).

Spesifikasi Royole FlexPai:

  • Water OS (Android 9.0 Pie)
  • Qualcomm Snapdragon 855
  • 6GB + 128GB / 8GB + 256GB / 8GB + 512GB
  • slot kad microSD sehingga 256GB
  • 7.8 inci Flexible AMOLED, 1920 x 1440 piksel (mod tablet)
  • Kamera: 16MP + 20MP
  • 134 x 190.3 x 7.6mm / 320g
  • 3,970 mAh (9V2A)
  • Ambient light sensor, Accelerometer, Gyroscope, Digital compass, Hall effect sensor, Barometer
  • Pengimbas cap jari di sisi kerangka

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend