RON95 Turun 4 sen Untuk 8 Hingga 14 Feb, Kali Terakhir Turun Setahun Lalu Comments Off on RON95 Turun 4 sen Untuk 8 Hingga 14 Feb, Kali Terakhir Turun Setahun Lalu

Sebentar tadi, Kementerian Kewangan menerusi YB Lim Guan Eng mengumumkan harga petrol semasa untuk 8 Feb hingga 14 Feb 2020.

RON95 kini berharga RM2.04 seliter, turun 4 sen selepas setahun tidak berubah dan kali terakhir pada 2 Feb 2019.

RON97 pula diturunkan sebanyak 7 sen menjadikan harga runcit dijual RM2.34 seliter sementara Diesel turun 10 sen menjadikan harga kini RM2.08 seliter.

Menurut Guan Eng penurunan harga petrol dan diesel adalah ekoran daripada harga pasaran minyak global yang berubah.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend