ROG Phone II Catat Skor 95 Mata Untuk Prestasi Kamera Utamanya Di DxOMark Comments Off on ROG Phone II Catat Skor 95 Mata Untuk Prestasi Kamera Utamanya Di DxOMark

Diperkenalkan dalam segmen telefon pintar gaming, ROG Phone II telah menawarkan sokongan spesifikasi berkuasa khusus untuk pengalaman permainan mudah alih terbaik.

Jadi tidak hairanlah jika telefon pintar gaming keluaran ASUS ini hanya berjaya mencatatkan skor 95 mata untuk prestasi kamera utamanya. Walaupun berada di kelompok 40 telefon pintar dengan kamera terbaik, ia merupakan telefon pintar gaming dengan prestasi kamera terbaik di pasaran buat masa ini.

ROG Phone II didatangkan dengan sokongan dwi kamera beresolusi 48MP (Sony IMX586, f/1.79) dan juga lensa kedua 13MP (Ultra Wide, f/2.4). Keupayaan penggambarannya turut dibantu oleh teknologi auto fokus jenis PDAF dan juga Laser AF.

Bahkan jika dibandingkan dengan sesetengah telefon pintar mercu yang lain di pasaran, ROG Phone II yang dikuasakan dengan cipset Snapdragon 855+ ini turut menyokong rakaman video 4K sehingga 60fps.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend