ROG Phone II Akan Mengalami Gangguan Bekalan Buat Sementara Waktu Berikutan Isu Coronavirus Comments Off on ROG Phone II Akan Mengalami Gangguan Bekalan Buat Sementara Waktu Berikutan Isu Coronavirus

Melalui perkongsian rasmi di Twitter oleh ASUS India, bekalan stok untuk model telefon pintar gaming popular keluarannya iaitu ROG Phone II bakal berhadapan gangguan bekalan buat sementara waktu.

Menurut ASUS, kekurangan stok ini berpunca daripada gangguan dalam rantaian bekalan yang disebabkan oleh keadaan semasa di Asia berikutan wabak Coronavirus yang sedang melanda, terutamanya di China.

ASUS juga telah berjanji akan berusaha keras dalam memastikan stok ROG Phone II akan kembali seperti biasa secepat yang mungkin.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend