Remaja Terpaksa Disuap Makan Kerana Bermain Komputer 48 Jam Tanpa Henti Comments Off on Remaja Terpaksa Disuap Makan Kerana Bermain Komputer 48 Jam Tanpa Henti 505

Seorang wanita terpaksa menyuapkan makanan untuk anak lelakinya yang berusia 13 tahun selepas remaja itu bermain permainan video di kafe siber selama 48 jam tanpa henti dan menjamah makan.

Lilybeth Marvel, 37, yang berasal dari Nueva Ecija berkata, dia mula bimbang Carlito Garcia sejak dua tahun lalu selepas anaknya ketagih bermain permainan video dan sering berjaga hingga lewat malam. Remaja itu dilaporkan sudah berhenti sekolah kerana mahu menumpukan perhatian kepada permainan video kesukaannya, Rules of Survival.

Satu video menunjukkan Lilybeth membawa makanan dan menyuapkan anaknya yang leka bermain permainan video tular baru-baru ini hingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna pengguna media sosial.

“Kasihan anak saya. Kamu lapar? mari makan sayang,” kata wanita itu. Layanan wanita itu mencetuskan kecaman pengguna media sosial yang beranggapan ia seperti memberi galakkan kepada anaknya tetapi Lilybeth mempunyai alasan sendiri.

“Saya dan suami pernah melarangnya tetapi tidak berjaya. Kami pernah mengurungnya di dalam rumah tetapi dia akan melarikan diri ke kafe siber. “Kami mencuba pelbagai cara tetapi tidak berjaya kini kami mengambil pendekatan berbeza.

“Saya cuba membuatkan anak saya sedar apapun yang berlaku dalam hidupnya, saya sebagai ibu akan terus menyayangi dan menjaganya. “Kini kami berusaha untuk menguruskan situasi ini tetapi ia sangat sukar,” katanya.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend