Rekaan Telefon Pintar Boleh Lipat Samsung W2019 Kini Tertiris Dalam Perkongsian Video Comments Off on Rekaan Telefon Pintar Boleh Lipat Samsung W2019 Kini Tertiris Dalam Perkongsian Video

Sedikit masa dahulu telefon dengan rekaan boleh lipat sememangnya sangat popular di kalangan pengeluar seperti Samsung, Sony Ericsson dan juga Motorola. Namun sejak wujudnya telefon dengan sokongan skrin sentuh, kegemilangan rekaan itu semakin dilupakan.

Sungguhpun begitu pada bulan Julai yang lalu, ada laporan yang mendedahkan bahawa Samsung akan mengembalikan semula rekaan tersebut dengan kemunculan model Samsung W2019. Walau bagaimanapun pada masa itu tiada banyak maklumat yang berjaya didedahkan, sehinggalah baru-baru ini video pendek dan juga gambar rekaan peranti telah dikongsikan di Internet.

Melalui ketirisan video dan gambar itu, Samsung W2019 yang hadir dengan rekaan boleh lipat itu menyokong kombinasi kerangka aluminium dan juga panel kaca. Ia juga dilaporkan menyokong dwi skrin sentuh Super AMOLED berukuran 4.2 inci dan bateri berkapasiti 3000 mAh.

Melalui khabar angin yang diterima, Samsung W2019 akan menyokong pemproses Qualcomm Snapdragon 845 dan tiada varian Exynos akan diperkenalkan. Ini berikutan ia dikhabarkan akan hanya diperkenalkan untuk pasaran China sahaja.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend