Rekaan Takuk Lebar Pada HUAWEI Mate 30 Pro Sokong Tiga Fungsi Menarik – AI Auto Rotate, AI Private View Dan Air Gesture Control Comments Off on Rekaan Takuk Lebar Pada HUAWEI Mate 30 Pro Sokong Tiga Fungsi Menarik – AI Auto Rotate, AI Private View Dan Air Gesture Control 246

Jika kebanyakan pengeluar pada hari ini dilihat cuba memperkenalkan peranti skrin penuh dengan rekaan takuk yang kecil atau lubang kamera di dalam skrin, HUAWEI dilihat masih menampilkan rekaan takuk yang agak lebar pada peranti mercu terbaharunya iaitu HUAWEI Mate 30 Pro.

Tetapi tahukah anda bahawa rekaan takuk lebar pada Mate 30 Pro ini sebenarnya adalah yang paling sofistikated di pasaran. Ini kerana ia bukan sahaja menempatkan kamera depan 32MP, tetapi ruangan itu turut dilengkapi dengan kamera 3D Depth dan juga Gesture sensor. Penyediaan perkakasan tambahan ini secara tidak langsung membolehkan pengguna untuk menikmati tiga fungsi menarik seperti berikut:

#1. AI Auto-rotate

→ Berbeza dengan fungsi auto-rotate konvensional, Mate 30 Pro menyokong AI Auto-rotate yang mana orientasi paparan skrin akan diubah kedudukannya secara automatik bergantung kepada wajah pengguna. Ini bermakna paparan skrin akan sentiasa berada dalam mod menegak walaupun anda menggunakan peranti dalam posisi mengiring. Berbeza dengan fungsi auto-rotate konvensional, kebiasaannya paparan skrin akan bertukar ke mod landskap apabila berada dalam posisi tersebut.

#2. AI Private View

→ Apabila anda menerima teks mesej, Mate 30 Pro berupaya memastikan paparan teks mesej yang dipaparkan pada skrin akan disembunyikan kandungan teksnya secara automatik. Fungsi ini akan diaktifkan apabila peranti mengesan terdapat individu lain yang cuba mengintai di belakang anda untuk membaca teks mesej yang diterima tanpa anda sedari.

#3. Air Gesture Control

→ Sokongan perkakasan Air Gesture sensor pada HUAWEI Mate 30 Pro turut membolehkan anda untuk mengawal paparan skrin tanpa perlu menyentuh skrin. Melalui fungsi istimewa ini, anda bukan sahaja boleh meleretkan paparan skrin sama ada ke atas atau ke bawah, tetapi ia juga membolehkan anda mengambil screenshot dengan menggunakan kaedah isyarat genggaman.

Jadi ternyata rekaan takuk lebar pada HUAWEI Mate 30 Pro bukan sengaja diguna pakai, tetapi ia sebenarnya turut memberikan lebih banyak fungsi tambahan kepada pengguna. Malah pada pendapat kami, fungsi AI Auto-rotate dan AI Private View sememangnya sangat pratikal dan sudah tentunya akan lebih banyak membantu dalam memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik.

Baca juga:

HUAWEI Mate 30 Dan Mate 30 Pro Kini Rasmi Dengan Kirin 990 5G, Kamera 40MP RYYB Dan Pengecasan Tanpa Wayar 27W

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend