Rekaan Sebenar Samsung Galaxy Z Flip Mula Diperlihatkan Dalam Video Pendek Comments Off on Rekaan Sebenar Samsung Galaxy Z Flip Mula Diperlihatkan Dalam Video Pendek

Baru sahaja minggu lepas imej pengolokan telefon pintar dengan rekaan skrin boleh lipat generasi kedua keluaran Samsung mula dikongsikan di Internet, kini rekaan Samsung Galaxy Z Flip itu dapat dilihat dengan lebih jelas melalui perkongsian video berdurasi 19 saat di Twitter.

Melalui perkongsian oleh @BenGeskin, Samsung Galaxy Z Flip di dalam video itu tampil dalam kerangka berwarna ungu dengan kemasan permukaan seakan cermin.

Bahagian depan peranti ini tersedia dengan paparan skrin kedua yang sangat kecil untuk memaparkan masa, tarikh, status bateri dan juga notifikasi. Manakala bersebelahannya pula menempatkan dwi kamera dengan sokongan LED flash.

Rekaan yang kompak ini juga membolehkan proses membuka dan menutup peranti agak mudah untuk dibuat dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.

Namun begitu, rekaan Galaxy Z Flip ini dilihat agak tebal dengan sokongan sensor pengimbas cap jari terbina-dalam pada butang kuasa pada sisi kanan kerangka.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend