Rekaan Sebenar Samsung Galaxy S10 Lite Berjaya Didedahkan Melalui Manual Pengguna Comments Off on Rekaan Sebenar Samsung Galaxy S10 Lite Berjaya Didedahkan Melalui Manual Pengguna

Dijangka akan diumumkan kepada umum dalam acara CES 2020 yang akan berlangsung bulan depan, imej pengolokan Samsung Galaxy S10 Lite dengan rekaan skrin penuh dan lubang kamera pada skrin telahpun berjaya dikongsikan kepada umum.

Berkemungkinan besar imej pengolokan yang dikongsikan itu boleh disahkan tepat kerana berdasarkan manual pengguna, ia jelas memperlihatkan imej lakaran Galaxy S10 Lite. Sama seperti Galaxy Note10 Lite, model Galaxy S10 Lite ini juga akan hadir dengan rekaan Infinity-O pada bahagian tengah atas skrin.

Galaxy S10 Lite juga disahkan akan menyokong sensor pengimbas cap jari dalam skrin, dilengkapi tiga kamera utama, NFC, dan juga teknologi MST (Magnetic Secure Transmission) untuk sokongan kaedah pembayaran menggunakan Samsung Pay.

Jika dirujuk kepada ketirisan spesifikasi Galaxy S10 Lite sebelum ini, ia dipercayai akan dikuasakan dengan Snapdragon 855, kombinasi memori 8GB + 128GB, dioperasikan oleh Android 10, skrin 6.7 inci Super AMOLED FHD+, dan juga bateri 4500mAh dengan pengecasan pantas 45W.

Manakala untuk keupayaan penggambaran, ia dilengkapi dengan kamera depan beresolusi 32MP, dan juga tiga kamera utama beresolusi 48MP + 12MP (Ultra Wide) + 5MP (Macro).

sumber

Baca juga:

Spesifikasi Penuh Dan Rekaan Samsung Galaxy Note 10 Lite Kini Mula Tertiris

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend