Rekaan Sebenar Kuad Kamera Dan Spesifikasi Awal Redmi 9 Tertiris Comments Off on Rekaan Sebenar Kuad Kamera Dan Spesifikasi Awal Redmi 9 Tertiris

Melalui perkongsian terbaharu oleh peniris terkenal iaitu @Sudhanshu1414, satu imej yang didakwa merupakan model Redmi 9 telah berjaya diperolehi melalui sumber dari China.

Berdasarkan imej yang tertiris itu, ia memperlihatkan kemasan panel belakang berwarna ungu dengan sokongan kuad kamera yang disusun secara menegak.

Tidak dinafikan rekaan kamera belakang Redmi 9 ini kelihatan agak mirip seperti rekaan kuad kamera pada Redmi Note 8 Pro. Apa yang membezakannya adalah terdapat kemasan bulatan di sekeliling kamera Redmi 9.

Menurut maklumat yang tertiris, Redmi 9 akan menyokong kuad kamera beresolusi 13MP + 8MP (Ultra Wide) + 5MP (Macro) + 2MP (Depth). Dikuasakan dengan MediaTek Helio G80, Redmi 9 juga dilaporkan akan didatangkan dalam sekurang-kurangnya dua warna iaitu ungu dan juga hijau.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend