Rekaan Pocophone F2 Diperlihatkan Dalam Imej Pengolokan Comments Off on Rekaan Pocophone F2 Diperlihatkan Dalam Imej Pengolokan

Terdahulu, skor penanda aras Pocophone F2 telah disenaraikan di dalam laman web GeekBench. Selain daripada skor, maklumat peranti turut memberitahu ia menggunakan cipset Snapdragon 845 dan sistem operasi Android 9.0 Pie.

Kini, imej pengolokan peranti tersebut telah tersebar di internet memperlihatkan rekaan depan serta belakang. Benjamin Geskin selaku pereka konsep popular kini hadir dengan rekaan yang mungkin akan diguna pakai pada Pocophone F2. Berdasarkan gambar ini, peranti generasi kedua ini akan dipadankan dengan skrin bertakuk titisan air menggantikan takuk lebar pada generasi sebelum ini.

Di panel belakang, susunan kamera masih lagi sama dengan penawaran dwi kamera bersama dwi LED flash (mungkin lensa lebih besar). Pengimbas cap jari pula nampaknya masih lagi berada di kedudukan yang sama seperti yang terdapat pada Pocophone F1.

Bagaimanapun, ia masih awal untuk kita pastikan rekaan ini bakal diguna pakai. Oleh kerana peranti poco diletakkan pada harga bajet untuk spesifikasi mercu, kita juga tidak boleh mengharapkan perubahan yang terlalu drastik untuk Pocophone F2.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend