Rekaan Penuh Dan Spesifikasi ASUS ZenFone Max M2 Dan ZenFone Max Pro M2 Kini Tertiris Comments Off on Rekaan Penuh Dan Spesifikasi ASUS ZenFone Max M2 Dan ZenFone Max Pro M2 Kini Tertiris

Pertengahan bulan November yang lepas berita mengenai ASUS ZenFone Max M2 dan ZenFone Max Pro M2 telahpun mula dikongsikan oleh Roland Quandt di Twitter, dan kemunculan peranti ini telah berjaya mendapat perhatian umum.

Berdasarkan perkongsian terbaharunya di laman WinFuture, kedua-dua model ini akan menampilkan rekaan skrin bertakuk tetapi saiz takuk dan juga rekaan panel belakang untuk kedua-dua model ini tampil sedikit berbeza. Namun begitu, kedua-dua model terbaharu daripada ASUS ini akan menampilkan skrin IPS LCD berukuran 6.0 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel) dengan nisbah paparan 19.5:9.

ASUS ZenFone Max Pro M2

ZenFone Max Pro M2 akan menerima pemproses yang lebih berkuasa berbanding generasi sebelum ini iaitu Snapdragon 660 yang mampu menyokong sambungan WiFi 5GHz. Selain itu ia turut hadir dengan RAM berkapasiti 4GB dan juga bateri berkapasiti 5000 mAh. Ia juga dipercayai akan ditawarkan dalam varian 64GB dan juga 128GB dengan ruang kad microSD.

Kotak pembungkusan ASUS ZenFone Max Pro M2

Apa yang lebih menariknya, sokongan dwi kamera pada model ini telah dipertingkatkan dengan sokongan lensa 12MP daripada Sony IMX486 dengan kamera kedua beresolusi 5MP. Ini telah menggantikan sokongan lensa 13MP daripada OmniVision Ov13855 + 5MP Hynix Hi-556.

ASUS ZenFone Max M2

Manakala model ZenFone Max M2 pula mengekalkan sokongan pemproses Snapdragon 636, tetapi kini menerima sokongan RAM berkapasiti 4GB. Ruang storan yang diterimanya juga lebih kecil iaitu 32GB dan 64GB , yang juga tersedia dengan slot kad microSD. Buat masa ini ia telah disahkan akan menyokong dwi kamera dengan lensa utama 13MP dan buat masa ini masih belum diketahui resolusi untuk lensa kedua.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend