Rekaan Pengecas USB PD Dengan Output Pengecasan Pantas 45W Daripada Samsung Didedahkan Comments Off on Rekaan Pengecas USB PD Dengan Output Pengecasan Pantas 45W Daripada Samsung Didedahkan 224

Ternyata khabar angin yang berpendapat bahawa Samsung Galaxy Note 10 akan tampil dengan sokongan pengecasan pantas 45W, mungkin ada kebenarannya. Bersempena acara MWC Shanghai 2019 yang berlangsung di China, Samsung dilihat telah mula mempamerkan teknologi pengecasan pantas 45W itu kepada para pengunjung yang hadir di acara tersebut.

Buat pertama kalinya, Samsung telah mendemonstrasikan rekaan pengecasan pantas USB PD (Power Delivery) dengan output maksimum 45W telah dipertontonkan kepada umum. Berdasarkan rekaan tersebut, pengecas USB PD 45W daripada Samsung ini telah dilengkapi dengan US Power Integrations (PI) dan juga cip daripada Samsung sendiri untuk handshake protocol yang akan digunakan oleh USB PD.

Walau bagaimanapun, sebelum ini ada juga khabar angin yang mengatakan Samsung Galaxy Note 10 akan menyokong cip EP-TA800 yang disahkan hadir dengan teknologi pengecasan pantas 25W. Namun memandangkan teknologi pengecasan pantas 45W ini telah dipamerkan kepada umum, tidak mustahil Galaxy Note 10 akan hadir dengan teknologi pengecasan pantas tersebut.

sumber

Baca juga:

Vivo Super FlashCharge 120W Mampu Memenuhkan Bateri 4000mAh Hanya Dalam 13 Minit

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend