Rekaan Panel Belakang Xiaomi Black Shark Berjaya Didedahkan Comments Off on Rekaan Panel Belakang Xiaomi Black Shark Berjaya Didedahkan

Xiaomi sebelum ini telah mengumumkan bahawa model Black Shark akan dilancarkan secara rasmi di China pada 13 April 2018 ini. Tetapi tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum ia didedahkan kepada umum, peranti gaming ini sudahpun berjaya didedahkan untuk tatapan umum selepas ia dikongsikan oleh salah seorang pengguna di Weibo.

Sungguhpun begitu, hanya sekeping gambar sahaja telah didedahkan dan ia hanya memperlihatkan rekaan panel belakangnya sahaja. Apa yang pasti, rekaan panel belakang Xiaomi Black Shark ini sememangnya kelihatan agak unik dan berbeza dengan kebanyakan peranti lain di pasaran dan ia jelas menonjolkan ciri-ciri rekaan sebuah peranti gaming.

Berdasarkan gambar itu, kerangka Xiaomi Black Shark ini kelihatan agak tebal dan ini berkemungkinan besar memberikan petunjuk awal bahawa ia hadir dengan sokongan kapasiti bateri yang besar. Lebih menarik perhatian kami adalah rekaan bahagian atas Xiaomi Black Shark yang kelihatan seperti menyokong sambungan pad kawalan untuk pengalaman permainan yang terbaik.

Menurut pengguna yang berkongsi gambar itu di Weibo, Xiaomi Black Shark ini didakwa menyokong paparan OLED, fungsi pengimbas cap jari dan juga sistem bunyi keliling. Benar atau tidak dakwaan itu, sama-sama kita nantikan kemunculan Xiaomi Black Shark ini nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend