Rekaan Dua Tona HUAWEI P30 Diperlihatkan Dalam Permohonan Paten Terbaru Comments Off on Rekaan Dua Tona HUAWEI P30 Diperlihatkan Dalam Permohonan Paten Terbaru

Pejabat paten di Eropah baru-baru ini dilaporkan telah menerima permohonan paten untuk warna baharu HUAWEI P30. Rekaan terbaru ini memperlihatkan warna dua tona yang mengingatkan kita kepada Pixel 2 XL.

Warna dua tona ini hadir dengan dua versi iaitu gradien dan solid yang mana versi gradien menggunakan warna yang hampir sama dengan Breathing Crystal, manakala warna solid pula dilihat sama seperti warna ‘panda’.


Permohonan oleh HUAWEI telah dihantar pada bulan Mei lalu namun baru didedahkan beberapa hari lepas. Warna baharu ini dijangka akan diperkenalkan dalam acara IFA dan semasa pengumuman Mate 30 nanti.

Walau bagaimanapun, masih boleh dipastikan lagi sama ada P30 Pro akan menerima warna dua tona ini ataupun tidak.

sumber

Baca juga:

[Ulasan] Huawei P30 – Tiga Kamera Leica ‘Huawei SuperSpectrum’ Dengan 30x Zum Digital

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend