Rekaan Dan Spesifikasi Telefon Pintar Mampu Milik HUAWEI Y5P Dan HUAWEI Y6P Tertiris Comments Off on Rekaan Dan Spesifikasi Telefon Pintar Mampu Milik HUAWEI Y5P Dan HUAWEI Y6P Tertiris

HUAWEI nampaknya bakal memperkenalkan dua lagi model baharu untuk model HUAWEI Y7P, apabila peniris popular iaitu @Sudhanshu1414 telah mendedahkan rekaan dan juga spesifikasi untuk model HUAWEI Y5P dan juga HUAWEI Y6P.

HUAWEI Y5P

Ia merupakan model dengan sokongan spesifikasi untuk sebuah telefon pintar bajet kerana dikuasakan dengan cipset Helio P22 dan ditawarkan dalam kombinasi memori 2GB RAM serta storan dalaman sebesar 32GB.

HUAWEI Y5P turut dilengkapi dengan paparan skrin IPS LCD HD+ (1440 x 720 piksel) berukuran 5.45 inci. Dioperasikan oleh EMUI 10 berasaskan Android 10, ia turut menyokong bateri berkapasiti 3020mAh dengan pengecasan 10W menggunakan port microUSB.

Tersedia dengan sokongan tiga slot untuk kad SIM dan kad microSD, HUAWEI Y5P dilihat menyokong dwi kamera dengan lensa utama beresolusi 8MP.

Memandangkan tiada sensor pengimbas cap jari disediakan, berkemungkinan ia hanya dilengkapi dengan ciri keselamatan menggunakan teknologi pengecaman wajah menggunakan kamera depan.

HUAWEI Y6P

Sama seperti HUAWEI Y5P, model HUAWEI Y6P juga turut dikuasakan dengan cipset yang sama iaitu MediaTek Helio P22. Malah ia turut menyokong paparan skrin IPS LCD HD+ (1600 x 720 piksel), tetapi dengan saiz skrin lebih besar iaitu berukuran 6.3 inci.

Dioperasikan dengan EMUI 10 berasaskan Android 10, HUAWEI Y6P hadir dengan memori lebih besar iaitu 3GB + 64GB. Walaupun menyokong kapasiti bateri sebesar 5000mAh, ia masih menyokong pengecasan 10W menggunakan port microUSB.

Keupayaaan penggambaran peranti ini telah dilengkapi dengan tiga kamera beresolusi 13MP + 5MP + 2MP, dan juga kamera depan 8MP. Bahagian panel belakangnya juga turut tersedia dengan sensor pengimbas cap jari.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, kedua-dua model HUAWEI ini dijangka tidak menyokong GMS (Google Mobile Services) kerana ia jelas memaparkan logo AppGallery yang merujuk kepada sokongan HMS (HUAWEI Mobile Services).

sumber 1, sumber 2

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend