Reka Bentuk Fizikal Samsung Galaxy J4 (2018) Mula Tertiris Selepas Melepasi Pensijilan Dari NCC Comments Off on Reka Bentuk Fizikal Samsung Galaxy J4 (2018) Mula Tertiris Selepas Melepasi Pensijilan Dari NCC

Siri Galaxy J telah diperkenalkan oleh Samsung buat pertama kalinya pada Disember 2013 dengan kemunculan model Samsung Galaxy J di pasaran. Penggunaan huruf ‘J’ pada siri ini merujuk kepada perkataan ‘Joy’ dan ia merupakan satu siri mampu milik yang disasarkan untuk pasaran Asia dan juga pasaran kelas permulaan di Eropah.

Jika dilihat semula pada kesemua model yang diperkenalkan dalam siri Galaxy J, Samsung dilihat telah melangkau penggunaan nombor 4. Tetapi nampaknya buat pertama kali Samsung telah memecahkan tradisi itu dengan kehadiran Samsung Galaxy J4 (2018) yang dilihat telah melepasi pensijilan dari NCC (Komisyen Komunikasi Kebangsaan) di Taiwan.

Samsung Galaxy J4 (2018) dipercayai akan dikuasakan dengan pemproses empat teras berkelajuan dari 1.4GHz dari Exynos, RAM 2GB, ruang storan 8GB atau 16GB, kamera satu lensa, dilengkapi dengan port 3.5mm audio jack, dan lebih menariknya baterinya boleh dikeluarkan dari slot.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend